Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS), dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, diluluskan sebagai panduan perancangan serta pembangunan fizikal dan hutan seluruh Semenanjung.<br /><br />Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-40 dipengerusikannya bersetuju meluluskan dasar itu yang merupakan satu inisiatif menghubungkan lapan kompleks hutan utama negara di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.
